02 March 2013

Kenangan Back To Nature With Kristal

assalamualaikum ! aku baru je dapat dvd BTN nie. 25.2.2013. 
Sebenarnya , aku join kem nie tahun lepas. 2 hari satu malam bertempat di Kem isi rimba, Kg Kemensah . Belakang zoo negara. 17.11.2012. 18.11.2012.



So, bila tengok dvd nie agak rindu gak suasana kat situ. Kenangan yang tak boleh dilupakan lah.
Aku pun tak pernah update lagi pasal btn . hihi . sibuk barangkali . (sibuk lah sangat )
Hari nie aku nak cerita kat korang :P


Aku memang minat gila dengan kristal band nie. memang layan lah lagu - lagu diorang. dengar banyak kali pon tak jemu - jemu . Aku start join Kristalovers nie masa Mania tahun 2012 tuu. Masa Mania nie lah tertubuhnya Kristalovers.

Sehari sebelum BTN nie aku dan Nabila dah bertolak ke seremban naik bas . Kitorang menumpang kat rumah kakak rock Aimi Kahar . Sebelum pergi kem nie , banyak dugaan yang aku dan nabila kena tempuh. yelaa . kitorang baru 18 tahun. nabila tu sekolah lagi ( Form 6 ) Agak susah parents dia nak lepaskan pergi kem kat ulu kelang tu . kawasan hutan kan. Aku kena mintak izin kat parents nabila nie and yakinkan mereka. Bila aku dah ckp kat ayah dia , ayah dia kata tanya mak nabila . huh ! lega. So gugup jugak aku nak call mak dia. Mak dia mintak bukti yang keselamatan kitorang terjamin. Kak yana sebagai admin Kls pun membantu jugak untuk yakinkan mak dia . Tapi belum dapat kata putus lagi . Last sekali mak dia message kak sheila ( pihak TNS n wife lan kristal ) So , nabila pun boleh join kem nie. secara tak langsung harapan aku nak join kem nie pun cerah. Sampai je seremban . kitorang kena naik ktm nak ke Nilai. huh ! ok . aku dan nabila tak pernah naik ktm .  Agak panic jugak time tu . dah nampak stesen ktm . tapi jauh dari terminal . tak kan kitorang nak redah jalan raya dengan beg macam batu nie. macam pendatang asing rupa nya haih. 
  
Kat terminal tu rupa - rupanya ada member nabila yang tunggu kitorang . Nasib baik dia ada , boleh tolong tunjukkan jalan nak p stesen ktm tuu ( boleh tolong angkat beg aku gak. HAHA ) . rupanya ada laluan dari terminal ke stesen , tak payah nak redah jalan raya bagaii. Nak naik ktm satu hal . tak tau nak naik yang mana satu . lawak oh time nie ! Aku message kak aimi . dia kata naik yg tanjung malim . Ok satu train dah terlepas. lama jugak nak tunggu train seterusnya. 
Sampai Nilai . kak aimi dah tunggu kitorang . Lega yang amat bila masuk dlm kete dia . Agak nebes gak jumpa kak aimi. first time ! hehe , selama nie dalam fb , twitter je. 
  
Sampai rumah kak aimi . kitorang dok rehat jap kat dalam bilik kak aimi. dia pinjamkan bilik kat kitorang satu malam . hehe . Petang tu kak aimi bawak kitorang p giant nilai . sesaja cuci mata . kak aimi belanja aiskrim ! 

picture : credit to encik google 

Lepas tu lepak taman rekreasi nilai . Ok best gila taman nie . Snap gambar bagai . huhu . 
kak aimi sangat sabar melayan kerenah kitorang yang gila kamera ! hahaha . 
(port yang kitorang lepak tu kak aimi kata tak pernah lagi lepak , dengan kitorang nie kira first time lepak kat situ laa . hehe)

picture : credit to kak aimi 

Malam dirumah kak aimi. Kak aimi ajak makan , time nie agak terkejut la . satu rumah kak aimi tak makan malam . dlm diet katanya . so , kak aimi n mak kak aimi teman kitorang makan. 
huhu ! segan rasa bila ada org dok teman makan . 
sambil makan citer citer . sporting jugak mak ayah kak aimi . 
Selesai makan . kami memulakan misi berjamming ! 
suara memang kelaut. kahkahkah! memalu nyanyi. 
belajar main gitar. cord c. peh susah. bila aku petik je tak sedap munyik nyer.

Lepas berjamming. terasa lapar. kak aimi pun masak kan maggi tok kitorang . terangkat oo ! 
Pastu tidoo . Aku memula agak nerbes nak p kem esok. tak dapat nak tido . dok kacau nabila , dia tak nak layan . so aku pun tertido. 
pagi tu kami bangun dikejutkan kak aimi.
kak aimi cakap kitorang tido ganas. malam tu dia dengar dinding bilik berdentum . mcm kena tumbok ,terajang . Ok tu kerja nabila . dasyat ! 
Dia cakap ada jengah kitorang dlm bilik . kitorang tidur dlm keadaan sweet.(Erkkk . sape terpeluk sape tah)
Aku dengar dia citer. Hahahaha. telan air liur . pahit .

Esok pagii . 17hb 11 2012.
Awal - awal pagi dah gerak p stesen ktm .
6.50 am naik train. dalam train mcm mcm dalam kepala otak . yang penting aku nervous . segan . akhirnya sakit perut . bukan apa . kalau aku takut . perut turut sakit . erghhh !
7.50 am sampai KL sentral.
Tunggu kak wani n kak yana. kak wani ni baik . banyak cerita . kak yana pulak tersenyum je . masih malu- malu jugak r . Suara kak yana nie matang . suka dengar .  tapi badan dia kecik je . comel gituu . Lepas tu naik LRT Putra ke LRT wangsa maju. 
Sampai wangsa maju kitorang naik teksi g zoo . 
dalam teksi kepala dok pikir lagi .. entah aku group nan sape tah. janganlah terpisah dari mereka yg ku kenal nie. rasa nak patah balik pun ada. hahaha. 

Sampai depan zoo . kitorang tunggu pihak urus setia . kak sheila sampai , kitorang ( aku ,kak aimi , kak yana , kak wani , kak as , nabila , zapa ) daftar pastu naik van yang disediakan. Dalam van tu punya lah lama . Menghilangkan bosan kitorang pon dok bersnap gambo . Time dalam van tu kak yana kata dia nampak amai. kitorg apa lagi terjengah jengah la. aku just nampak amai dari belakang je . 
Van gerak masuk kem dalam pukul 11. time tu dah excited sikit . haha . 

picture : credit to kak yana 

picture : credit to kak asmidar.

sampai kem . daftar kat kak farina . dapat name tag n majalah media hiburan.
wartawan media hiburan pun snap pic kitorang pegang majalah media hiburan . haha ! selama nie dapat tengok jer dlm majalah org pegang majalah nie .
Masuk kawasan kem . Dah nampak lan kristal . pastu rody dok alu alu kan kedatangan kristalovers. kak yana kena sakat time nie . hihi . pastu nampak lah ahli - ahli kristal yg lain.
Kitorang letak beg kat dataran , sebelah pondok. isi borang insurans. tengah - tengah isi hujan pulak. 
Apa lagi aku masuk pondok . tolong masuk kan beg diorang semua. time nie lan kristal ckp eh dah nak tido. hahaha . kitorang gelak lah . selamat kan beg dari basah nie. 

Pastu kitorang g makan . Tempat dia sangat nature . Masa nak gerak p dataran tu . hujan lebat . apa lagi berlari berkejaran lah cari tempat berteduh. 


Sesi pemilihan ahli kumpulan pun bermula. Kecoh jugak time tuu . Acap melatah latah . Time ahli kristal yg lain tengah pilih ahli . lan kristal tanya aku , Afzan Najieha ?. aku pun angguk . dia kata tak cam muka. aku gelak je . Time tu dlm hati dah fuyooo lan kristal ingat nama aku . hahaha. 


Lepas pemilihan kitorang dah boleh pergi angkat beg letak dalam pondok memasing n tukar pakaian untuk aktiviti hari nie. Syukur dapat satu group dengan kak yana . ketua group kami mestilah Amai , bassist kristal.
bila ada kak yana . mesti lah ada amai. 


Aktiviti first paintball . wuhoo ! aku seram bab nie . main tembak tembak . takut oo . tak pernah main, maklumlah aku memang tak aktif dalam mana- mana game pun . aku tak main sebab dah cukup org . dalam hati . selamat aku . tengok diorang main . boleh tahan ganas jugak . 
Group amai group first yang kalah dlm paintball . 
So . kitorang dok lepak tepi sungai . bincang persembahan malam ni. 
"paintball kalah . malam ni mesti menang "- ayat sape tah tak ingat. 


habis bincang . aku , kak yana , kak aimi , kak dila , kak as , nabila semua dok melepak kat tempat paintball tu. dah lama lama tu terasa bosan kitorang pergi kat dataran , lama bebenor tunggu paintball habis. 
minum petang . lepas tu kitorang mandi sungai . cari port atas sikit . jauh dari peserta yang lain.

malam kitorang ada dinner . tema bling bling . sampai tempat dinner . 
taraaaaaaaaa !! 


 dinner dalam sungaii ! sumpah terkejut .nasib baik tak pakai kain bagai . tak ke susah nak masuk dalam sungai tu. best jugak laa sebab tak pernah kan seumur hidup makan kat "restoran terapung" nie . 
nak makan , tangan celup je dalam sungai. lepas makan, pinggan pon boleh basuh sekali guna air sungai tu. 

lepas dinner . tibalah masa yang ditunggu tunggukan persembahan setiap kumpulan . kumpulan amai group first yang buat persembahan . lagu luahan hati. kitorang berlakun mcm dlm video clip .
kak yana jadi lan kristal
adi jadi nora danish
4 org ahli yg lain jadi band group . 
2 org lelaki bodyguard kak yana 
2 org perempuan bodyguard adi. 
bodyguard la sgt . haha . kitorang mcm pemerhati je time tuu . 

haha . ntah amenda yg diorang buat tu . memang gelak habis time nie.
teddy bear nabila main peranan k time nie.
Persembahan group kitaorang nombor satu tau . 
habis persembahan semua group . 
Kristal pulak buat persembahan . tak sangka wey show depan mata haa . 
rasa mimpi pulak pergi sini. 


tengah - tengah enjoy . tetiba pak cik zainal datang, pemilik kem nie . Dia punya ayat , "saya tahu korang semua tengah seronok" .dari music berdentam dentum terus senyap. semua diam tak berkutik. bunyi cengkerik je yang masih kedengaran.
dekat luar ada tiga orang anggota polis tengah tunggu sebab nak buat siasatan kat dua orang peserta. 
Aku dah terkejut gila. 
Rasa mcm petir guruh semua berdentum kat atas kepala. (kat komik mesti ada scene nie)Dalam kepala macam mana nak cakap dengan mak nabila kalau betul - betul ada kes nie . aduhh! 
Tapi tak lama laa . Aku dengan kak yana dah bisik bisik . nie kejutan kot . 
Dua orang peserta yang di syaki tu pon ke depan.
sekali music bergema , happy birthday to you ! happy birthday to you ! 
Menangis peserta yang sorang tu. 
Show sampai pukul 12 malam. 

peserta perempuan semua dah boleh masuk tido . yang lelaki ada night walking . 
masuk pondok . kemas kemas pondok tu . tido . susah jugak lah nak tido . sempit k dlm pondok tu. aku dah la tido ganas. kak yana tido kat pintu pondok. nasib baik aku tido tak ganas mlm tu. kalau tak maybe kak yana dah terguling keluar pondok. hahaha . 

18 . 11 . 2012 
pagi bangun sejuk gila kot . pergi bilik air settle apa yang patut. bunyi radio dah berkumandang. semua peserta kena berkumpul pergi dataran dalam kiraan sepuluh. time ni mengelabah semua. berlari -lari ke dataran.

Senaman pagi !


 hari nie kitorang semua kena bergerak sama sama satu group sebab markah dikira.
breakfast dulu sebelum mulakan aktiviti . 


aktiviti first cuci rambut ketua group . pastu sikat bagi ber style punya ! 


Aktiviti seterusnya eco challenge .
Ada dalam berapa task tah . tak pasti la .
First cari batu dalam kolam berlumpur yang bertulis KRISTAL.
Lepas tu cari daun apa tah . gua lupa ! yang penting untuk buat anyaman. 


task seterusnya cari cacing ! 3 inci panjangnya. yang cari nya lelaki . perempuan tengok jee . 
geli oi !
tapi ada sesi bergambo lak dengan pegang cacing . punya la geli cacing tu kat tapak tangan sendiri.
task seterusnya cari katak . tak jumpa dah katak . katak semua dah menyorok . sbb diorang terdengar kitorang semua kecoh cari katak kot.
tak jumpa . 
next task cari daun getah. 
pastu mengiling pulak . ketua group dok kena giling rempah . 
task seterusnya . 
setiap seorang ahli kumpulan yg perempuan dan ketua kumpulan kena turun sungai. 
ketua kumpulan kena tiup belon melawan arus sungai . yg perempuan dok tunggu belon sampai kat dia , dan tangkap belon tu . sape cepat dia menang. time nie memang kelakar . 
bila tengok dvd , nampak rody main tipu. dia baling belon tu. tak aci betul. haha ! 
lepas tu tangkap ikan di sungai . sebelum tu semua peserta kena hadap sungai .
Terpampang kat atas tepi sungai tu. Dilarang menangkap, menangguk , memancing ikan di kawasan ini. Semua orang tak perasan sebab excited nak terjun sungai tu nak tangkap ikan . 1 ekor sepuluh markah . sape tak excited. time nie semua gigih , pakai jala bagai . kain . plastik . botol . mcm mcm cara lah.
tamat masa menangkap ikan. kira kira bape ekor semua. 
" sape paling sikit dia menang " what ?! bila tanya kenapa . " baca tu " "Dilarang menangkap, menangguk , memancing ikan di kawasan ini" kitorang dah langgar peraturan rupanya .so rody menang sebab group dia sekor je ikan dapat.

Makan tengahari . Acara penutup . huhu ! dah nak balik dah . agak sedih laa. macam macam anugerah ada. anugerah peserta paling vogue , kelakar , sengal , kepohchi , pemalu , seksi , gagah , semangat. 


setiap peserta diberikan sijil penyertaan .


habis je penyampaian semua . semua peserta diminta berkumpul untuk ambil gambar n masuk kan dalam media hiburan . lepas tu sesi ambil gambar peserta yang dapat anugerah dgn kristal. 
dan sape sape yang nak amek gambar sebagai kenangan. time tu tetiba hujan turun. tak sempat KLs semua amek gambar dengan kristal. sedih.
lepas tu semua dah berpecah . terjun sungai , buat hal memasing. sempat jugak amek gambar dengan
lan kristal. 


kitorang , kak aimi .kak yana , kak as , kak dila , nabila semua lepak kat pondok dataran tu. time tu dok pikir nak mandi sungai ke tak . ke terus balik. kak sheila pon kata mandi . nanti dah tak leh dah . last last mandi jugakk hujan - hujan tu . port kitorang best sikit kat atas dan tersorok. tapi kak sheila dapat jugak cari port kitorang. heheh . dia datang dengan kak izza n sorang lagi ( tak tau nama )  air sejuk kot .  sambil lepak sempat gak bergambar.

with kak sheila. 

lepas mandi . get ready untuk balik . sedih . sayu pun ada . kitorang balik naik van yang di sediakan. van hantar sampai bustop . kitorang pun berpisah . kak yana tumpang rumah kak as. kak wani ayah dia amek. aku , kak aimi , nabila naik teksi pergi KL sentral. sampai kl sentral kak aimi dok tolong angkat beg . baju basah . tu yg jadi berat. 
Kami naik train menuju ke nilai. dalam train dok sebelah kak aimi. gigih jugak bercerita walaupun penat. nabila kat seat sebelah dah tertido. nasib baik dia tak terhantuk hantuk kepala kat cermin. 
Sampai nilai malam . Malam tu sempat layan facebook lagi . 
kitorang pon sempat posing dengan gitar kak aimi. 



Esok pagi kak aimi n kakak nya hantar kitorang pergi terminal seremban.
sempat breakfast roti canai . tq belanja . hihi ! 
haa satu lagi ! 
perjalanan pergi kl sentral aku n nabila kak aimi belanja . tq sangat sangat . baik betul kak aimi nie. tq jugak tumpangkan bilik. 
Ok lah . sampai sini jee cerita nya .panjang oii . nie pon banyak cut tau.  
(cerita btn nie aku rujuk kat blog kak Aimi kahar , kak yana  kak asmidar  ) 
Aku pun dah tak berapa nak ingat , dah 3 bulan lebih berlalu.
Tq yee , gambar nie semua ehsan dari kamera yana , kak as , kak aimi , dan lain lain. 
Assalamualaikum !